Bab4k usap j4nggut guna kaki undang rasa kurang senang netizen, Erma Fatima dah bersedia kena temp1as

KARYA Erma Fatima sekali lagi menjadi bahan bualan netizen yang kurang senang melihat adegan pelakon Vanida Imran mengusap janggut Faizal Hussein menggunakan kaki.

Netizen mendakwa babak berkenaan seolah-olah menyelitkan elemen lucah dibimbangi boleh memberi pandangan negatif terhadap Islam.

Tampil menjawab mengenai perkara itu, Erma atau Fatimah Rahmad Ali, 56, berkata dia sentiasa berlapang dada menerima sebarang komen atau kecaman daripada penonton.

Antara babak yang mengudang perhatian netizen.

Meskipun drama itu bukan arahannya, namun dia sebagai penulis skrip bersedia menerima kritikan daripada mana-mana pihak.

“Saya sudah biasa, saya sudah selalu kena. Apa yang saya nak sampaikan orang ramai tidak nampak sebaliknya dijadikan isu oleh mereka.

“Bila saya tahu ada adegan itu di set, saya sebagai penulis skrip dan penerbit sudah bersedia akan tempiasnya. Saya faham dan saya terima walaupun itu bukan arahan saya.

“Seperti sebelum ini drama Perempuan Itu, saya bukan pengarah tapi saya juga yang kena. Saya terima kerana akhirnya drama itu diterima ramai,” katanya.

Menurut Erma lagi, niatnya bukanlah mahu memburukkan nama baik Islam sebaliknya ingin memberikan pengajaran kepada orang ramai supaya berhati-hati dalam mencari ilmu agama.

Ini kerana kisah-kisah yang diangkat adalah realiti yang berlaku namun sukar diakui oleh orang ramai.

Saya bukan nak jatuhkan
Islam!
ERMA FATIMA
PENGARAH/PENERBIT

Malah Bidaah juga tidak diambil daripada mana-mana kisah ajaran sesat sebaliknya dari pengalaman peribadinya sendiri.

“Kenapa bila isu ini ditimbulkan dalam drama tidak boleh terima? Perkara ini banyak berlaku di luar sana. Saya tahu isu ini tabu dan menakutkan sehingga takut nak mengakuinya.

“Saya bukan nak jatuhkan Islam hanya memberitahu orang di luar sana untuk mencari agama kena ada ilmu bukan dengan membabi buta taksub.

“Tapi saya juga tidak halalkan lakonan itu dalam hukum Islam, kerana aurat dan bersentuhan itu memang haram saya tidak menafikan,” katanya.

Keluarga Itu lakonan Rosyam Nor, Umie Aida, Puteri Balqis dan ramai lagi.

Sementara itu, mengulas mengenai drama Keluarga Itu (TV3) yang dikatakan kurang sesuai ditayangkan ketika bulan Ramadan kerana jalan cerita yang diketengahkan, Erma berkata dia hanya mengikut keputusan pihak stesen televisyen kerana ia diluar kawalannya.

“Saya tiada hak bila drama saya akan ditayangkan, saya hanya buat dan hantar ke stesan. Semuanya ditentukan oleh mereka, bila dan waktunya,” ujarnya.

Sekadar info, drama Bidaah ditayangkan menerusi platform penstriman Viu sejak 6 Mac lalu sebanyak 15 episod.

Manakala drama Keluarga Itu yang juga merupakan hasil karya Erma sedang ditayangkan di TV3 bersiaran sebanyak 30 episod.

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*