Adam Corrie Lee Terkilan Difitn4h Telah Meningg4l Dunia – “Boleh Menimbulkan Kebimb4ngan..”

Pelakon, Adam Corrie Lee meluahkan rasa kesal terhadap laporan palsu sebuah blog yang menyebarkan khabar angin mendakwa dirinya telah meninggal dunia pada Ahad.

Adam, atau nama penuhnya Adam Corrie Lee Abdullah, turut berkongsi tangkap layar (screenshot) berita palsu itu di akaun Instagramnya.

adam corrie lee

Dalam hantaran tersebut, dia turut menjelaskan bahawa dirinya masih sihat dan aktif seperti biasa.

Baru-baru ini saya terima banyak mesej tanya khabar angin yang mengatakan saya telah meninggal dunia.

Alhamdulillah saya masih sihat dan aktif seperti biasa.

Dalam pada itu, Adam turut berpesan kepada orang ramai agar sentiasa menyemak kesahihan sesuatu berita sebelum mempercayai dan menyebarkannya.

adam corrie lee

Dia juga meluahkan kebimbangannya terhadap fitnah tersebut, yang telah menimbulkan kekeliruan serta kegusaran dalam kalangan ahli keluarga dan rakan-rakannya.

Fitnah sebegini bukan sahaja membingungkan keluarga dan rakan-rakan saya, malah boleh menimbulkan kebimbangan mereka yang mengenali saya.

Doakan saya dan keluarga sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Semoga kita semua dijauhkan daripada berita palsu dan diberikan ketenangan dalam menghadapi ujian hidup.

Terima kasih atas keprihatinan dan kasih sayang anda semua. Semoga Allah memberikati kita semua.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee)

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*