
KEMATIAN tragis dua remaja akibat dilanggar sebuah Honda Jazz pada Khamis masih lagi kecoh menjadi bualan netizen di media sosial.
Pada Sabtu, seorang individu dikenali sebagai Edy Noor Reduan tampil membuat pendedahan di TikTok dan mendakwa dirinya adalah saksi kejadian itu.
“Saya berada paling depan dekat lampu isyarat, berlaku depan mata. Saya Nampak, jadi saksi macam mana motor tu betul-betul ikut undang-undang.
“Motor yang keluar simpang tu, saya nampak lampu di traffic light sebelah sana dah hijau baru motor tu keluar dan dia dilanggar.
Keadaan kereta Honda Jazz yang merempuh dua motosikal dalam kejadian malam Khamis lalu.
“Satu letupan berlaku depan mata saya. Umur saya panjang, sebab kalau Jazz tu elak kanan memang kena kereta saya dulu,” ujarnya.
Dalam hantaran sama, Edy berkata dia baru mempunyai kekuatan untuk bercerita kerana trauma dengan kejadian tersebut.
“Bila dah berlaku, aku ambil telefon nak pergi rakam, mungkin nak buat live ke, benda tu kemungkinan besar viral.
“Tapi bila baru nak ambil gambar, saya tengok keadaan jenazah yang saya tak boleh gambarkan dan tak kuat nak teruskan, saya naik kereta balik dan terus jalan.
“Maaflah kalau saya lambat ceritakan benda ni. Saya agak trauma,” ujarnya menerusi video yang menerima lebih 1.7 juta tontonan dalam tempoh kurang 24 jam selepas ia dimuat naik.
Dalam pada itu, Edy turut menegur tindakan salah seorang ahli keluarga pemandu Jazz itu yang didakwa memuat naik hantaran tidak sensitif di media sosial.
“Saya cuma nak jadi saksi dan nak beritahu motor keluar simpang tu tak salah langsung. Jadi kepada kakak yang langgar tu, janganlah cerita soal takdir dan ujian.
“Adik kau yang langgar. Aku nampak depan mata aku, dia langgar lampu merah dah beberapa saat, dia langgar. Sangat laju, dan nyawa aku sendiri hampir melayang,” ujarnya lagi.
Dalam kejadian sekitar pukul 8.30 malam, Khamis lalu, kemalangan berpunca daripada sebuah kereta jenis Honda Jazz yang dipandu remaja berusia 18 tahun dari arah Senawang menuju ke Paroi, gagal mematuhi lampu isyarat merah lalu merempuh dua buah motosikal dari arah sebelah kiri.
Kemalangan tersebut menyebabkan Muhammad Aidil Ramdan Abdullah, 15, dan pemboncengnya, Muhammad Aswari Lotpi, 16, maut di tempat kejadian.
Empat individu lain iaitu pemandu dan penumpang kereta Honda Jazz serta penunggang dan pembonceng motosikal jenis Honda Vario mengalami cedera parah menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban.
Sumber:mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Leave a Reply