[VIDEO] Nur Nilam Bagi ‘Green Light’ Azlan Komeng Kahwin Lain, Tetapkan Syarat – ‘Tak Boleh Duduk Rumah & Guna Kereta Saya..Usaha Sendiri’

Personaliti media sosial dan usahawan, Nur Nilam Ortiz, tampil bersuara mengenai keputusannya menetapkan beberapa syarat sekiranya suaminya, Azlan Komeng ingin berkahwin lagi.

Nilam letakkan syarat

@mnyak.saraf

🥹 #nilamortiz #azlankomeng

♬ original sound – Minyak Herba Nilam Info – Minyak Herba Nilam Info

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Nilam berkata dia tidak menghalang keputusan tersebut, namun menegaskan bahawa perkahwinan suaminya itu perlu disertai dengan tanggungjawab dan keadilan.

Awak nak kahwin boleh, tak ada masalah. Tapi saya letakkan syarat saya.

Dah kahwin nanti tak boleh duduk rumah saya. Awak tak boleh guna kereta saya. Awak kena usaha sendiri.

Selain itu, Nilam turut menegaskan bahawa Azlan bukanlah pekerjanya, sebaliknya hanya berperanan sebagai duta bagi syarikat miliknya.

Ya, awak hanya duta syarikat saya, bukannya bekerja dengan saya.

Lagipun, saya dah bercakap dengan Abang Lan, kalau berkahwin dia kena jaga dua rumah. Rumah saya dia kena bayar, nafkah kena bagi.

Kenyataan Nilam mendapat perhatian ramai di media sosial yang rata-ratanya menyokong tindakan Nilam dalam mempertahankan haknya sebagai isteri.

Tidak kurang juga, ada yang bersimpati dengan nasib Nilam dimana cintanya dikhianati oleh Azlan sedangkan dia telah banyak berkorban tatkala suaminya itu diuji dengan masalah kesihatan.

Sedih rasa, Kak Nilam jaga sampai sihat. Tahu-tahu macam ni.

Rasa kecewa dan sakit hati, sebab Kak Nilam punya lah struggle menjaga masa dia sakit.

Ingat jasa isteri yang jaga masa sakit.

Bila dah sihat macam-macam pula perangai.

Sumber: TikTok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*