‘Live’ Terakhir Akiko Okumura Jadi Sorotan, Riak Muka Nampak Letih – “Dia Dah Dapat Rasa Akan Tinggalkan Abang Ridz Dan Sky..”

Media hiburan negara semalam digemparkan dengan pemergian isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial Ridzuan Ridzokumura, Akiko Okumura.

Berita itu ternyata telah mengundang rasa sedih peminat serta pengikut pensohor media sosial itu kerana Akiko sememangnya dikenali dengan kandungan-kandungan di TikToknya.

@jana_jumali

Part ckp bila dia pegi tu sedih nye bila tengok balik record ni. Mlm tadi bukan main aku gelak2. 😢 Patut la pelik, biasa nye xnak masuk kamera🥺

♬ original sound – Jana000 – Jana000

Seorang individu tampil berkongsi sesi ‘live’ terakhir Akiko bersama suaminya, Ridzuan pada malam Khamis yang lalu iaitu sehari sebelum ibu kepada seorang anak itu dilaporkan meninggal dunia.

Dalam siaran langsung itu, Akiko sempat menyatakan kekagumannya terhadap bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, dan isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali. Dia juga berkongsi impiannya untuk bertemu dengan pasangan tersebut sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Walaupun pada ketika itu ia sekadar satu luahan, ramai yang tidak menyangka kata-kata Akiko seolah-olah menjadi petanda sebelum pemergiannya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa simpati selain mendoakan agar roh Allahyarham Akiko ditempatkan bersama orang beriman.

Kebanyakan netizen berpendapat bahawa perwatakan Akiko pada malam itu kelihatan berbeza daripada kebiasaannya. Dia dikatakan seolah-olah berada dalam ‘dunianya sendiri’, selain wajahnya yang tampak lemah dan keletihan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*