Syafiq Kyle Dan Mimi Lana Perjelas Maklum Majlis Kahwin Saat Akhir – “Kami Buat Kerana…”

Pelakon versatil, Syafiq Kyle memaklumkan dia dan isteri, aktres Mimi Lana tidak mempunyai niat untuk merahsiakan perkahwinan ‘terkejut’ mereka tempoh hari.

Maklum Syafiq, dia dan Mimi hanya menghormati permintaan keluarga yang menginginkan perkahwinan dilangsungkan tanpa hebahan media.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azizul Azman (@_azizulazman)

Kenapa memilih untuk ‘suprise’? Sebab, jalan yang saya buat untuk sampai ke hari nikah, hanya ‘necessary’ sahaja. Apa yang saya buat atas kehendak dan persetujuan keluarga. Jadi, saya hormat Mimi dan dia juga hormat saya.

Perkara ini juga dibincangkan dengan pengurus. Kami ambil pendekatan untuk umum pada hari nikah, itu lebih baik.

Berkongsi lagi mengenai fasa hidup terbarunya itu kini, Syafiq berkata dia sangat gembira hubungannya bersama Mimi berakhir di jinjang pelamin.

Alhamdulillah, doa anda sentiasa ada dan membawa kami ke jinjang pelamin. Terima kasih doakan yang baik-baik.

Boleh dikatakan bahawa rumusan hidup saya, orang boleh buat bermacam-macam andaian tapi Alhamdulillah semuanya baik-baik.

Manakala mengenai urusan bulan madu pula, pasangan itu merancang untuk melakukannya selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIMS (@missmimilana)

Terdahulu, Syafiq Kyle dan Mimi melangsungkan perkahwinan pada 14 Februari lalu.

Kedua-duanya pernah membatalkan majlis kahwin pada 18 Ogos 2023 namun tidak menjelaskan lanjut mengenai sebab pembatalan tersebut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*