[VIDEO] Fizo Omar Umum Bakal Timang Cahaya Mata Keempat – ‘Rezeki Bukan Melimpah Dalam Bentuk Kekayaan Sahaja’

Pelakon Fizo Omar mengumumkan isterinya Fazeera Nazri kini sedang berbadan dua.

Anak keempat Fizo

@iamfizoomar

Alhamdulillah. Cahaya mata nama diberi yang datang tak kira ruang dan waktu. Yakinlah pada lorong dan corong rezeki yang hadir daripada cahaya itu. Tidak salah firasatku, benarlah perjanjian dari yang Esa ini. Kami bersyukur kerana munculnya cahaya mata yang kami ada, sepi tak lagi terasa kerana tawa kecilnya pemecah kesunyian. Walau ada rintangan, di waktu kesempitan, kami kekal percaya akan ada sinar rezeki di setiap cahaya mata bagi meneruskan kehidupan di dunia ini. Alhamdulillah, kami bersyukur kepada-Mu kerana kami tahu rezeki bukan dilimpah dalam bentuk kekayaan sahaja. Namun, ianya disimbah dalam bentuk kesihatan, cahaya mata dan ketenangan. ❤️❤️❤️

♬ Happiest Year – Jaymes Young

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Fizo atau nama lengkapnya Wan Hafizol Wan Omar berkongsi tentang berita gembira itu.

Dapat adik baru. Alhamdulillah.

Kakak dan adik kena get ready untuk menjadi kakak-kakak yang baik.

Terujanya nak sambut adik baru.

Luah rasa syukur

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Fezyra Nesry (@ffezyranesry)

Dalam masa yang sama, pelakon berusia 40 tahun tersebut mengucapkan rasa syukur kepada Allah SWT di atas kurniaan yang diberi.

Cahaya mata nama diberi yang datang tak kira ruang dan waktu. Yakinlah pada lorong dan corong rezeki yang hadir daripada cahaya itu. Tidak salah firasatku, benarlah perjanjian dari yang Esa ini.

Kami bersyukur kerana munculnya cahaya mata yang kami ada, sepi tak lagi terasa kerana tawa kecilnya pemecah kesunyian.

Pelakon filem 7 Petala Cinta itu turut percaya setiap zuriat lahir mempunyai rezeki masing-masing.

Walau ada rintangan, di waktu kesempitan, kami kekal percaya akan ada sinar rezeki di setiap cahaya mata bagi meneruskan kehidupan di dunia ini.

Alhamdulillah, kami bersyukur kepadaMu kerana kami tahu rezeki bukan dilimpah dalam bentuk kekayaan sahaja. Namun, ianya disimbah dalam bentuk kesihatan, cahaya mata dan ketenangan.

Untuk info, Fizo dan Fazeera berkahwin pada 21 Oktober 2021 dan mereka memiliki dua orang anak perempuan iaitu Wan Khaleeda dan Wan Umaira.

Fizo sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mawar Karim namun bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam.

Sumber: TikTok Fizo Omar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*