Suami minum 4 bungkus k3tum selama 20 tahun, setiap bulan hut4ng 1K… Isteri masih bertahan sebab sayang

SETIAP pasangan yang berkahwin sentiasa mengimpikan kebahagiaan dalam rumah tangga.

Namun, kebahagiaan itu mungkin direntap jika salah seorang individu sering menimbulkan masalah.

Situasi inilah dihadapi seorang wanita yang mengakui menderita berkahwin dengan lelaki ketagih ketum secara melampau.

Ketagihan bahan terlarang boleh merosakkan hubungan kekeluargaan. -Gambar hiasan

“Dia sanggup berhutang kerana ketum, dalam sehari minum hingga empat bungkus selama lebih kurang 20 tahun sebelum kami berkahwin.

“Keadaan fizikal dia disebabkan ketum sampai dah kurus cengkung dgn kadang-kadang dia jadi sawan tarik,” kongsinya.

Wanita itu mendedahkan dia mengetahui tentang ketagihan suaminya itu selepas mengandung anak pertama di usia kandungan tiga bulan.

“Hutang ketum sebulan boleh cecah RM1,000 ke atas dengan gaji dia yang minimum saja. Saya bekerja dan gaji lebih dari dia.

“Bila berhutang dia akan merayu minta mak dia atau saya tolong bayar dan benda ni jadi tekanan dalam rumah tangga.

“Famili dia pun dah banyak nasihat macam-macam tapi tak jalan,” katanya.

Perlu jauhi geng lepak minum, bila dah berhenti kawan ajak.
NETIZEN

Tambahnya, dia pernah menghubungi Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk memasukkan suaminya ke pusat serenti tetapi tidak boleh kerana ketum dianggap bukan dadah.

“Baik buruk dia ayah kepada anak saya dan saya sendiri masih sayang sampai ikhtiar ke klinik untuk berubat.

“Suami saya memang baik dan tertib tapi dia tetap tak nak tinggal benda tu,” katanya yang berkongsi kisah itu bagi melegakan tekanan.

Rata-rata netizen bersimpati dengan wanita itu dan menyarankan dia mencari rawatan terbaik untuk suaminya.

AADK hanya menahan pesalah dadah. -Gambar hiasan

“Ada klinik menyediakn bantuan kaunseling dan metadon dan perlu daftar sebagai pengguna cuma suami puan perlu ikhlas untuk berubah.

“Perlu jauhi geng lepak minum sama-sama tu. Kadang bila dah berhenti kawan ajak jadi ego lelaki rasa tercabar.

“Puan cari Klinik Pusat Pemulihan Dr Mahmud, jumpa doktor di klinik tu dan dia akan bagi ubat dan cara berhenti ketum,* saran netizen.

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*