
Pelakon, Dottie menerima pelbagai kecaman daripada netizen apabila memuat naik video memaparkan dia berpakaian agak seksi.
Menerusi satu video yang dimuat naik di akaun TikTok pelakon itu, Dottie atau nama sebenarnya Nor Syuhaida Abd Razak dilihat mengenakan baju jenis singlet berwarna hitam dan berseluar pendek atas lutut.
Menerusi ruangan kapsyen, pelakon itu berseloroh mengatakan tema rayanya pada tahun 2025 ini adalah ‘gemuk’.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi teguran kerana disifatkan pemakaiannya terlalu terdedah dan seksi.
Malah, ada juga netizen yang mendakwa Dottie sudah tidak laku atau ‘sendu’ sehingga sanggup membuat konten sedemikian untuk tontonan umum.
Walau bagaimanapun, pelakon itu membalas komen netizen dengan cara yang berhemah dan menerima segala teguran yang diberikan.
Terdapat juga netizen yang saling mengingatkan untuk tidak menjatuhkan hukum terhadap orang lain.
Namun, berdasarkan tinjauan kami video tersebut telah dipadam oleh pelakon itu.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
: Sumber
Leave a Reply