Rita Rudaini Sel4r Tindakan Imran Bard – ‘Dia Bukan Mak Cik Hang, Cara Minta Maaf Pun Tak Ada Adab’

Pelakon Rita Rudaini menegur pempengaruh Imran Bard yang didakwa dengan sengaja menjejaskan reputasi aktres Ellie Suriaty menerusi dua buah video parodi.

Pelakon berpengalaman

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mokhtar, 48, menegaskan bahawa Ellie sudah lama menempa nama di dalam industri hiburan, maka dia tidak memerlukan populariti daripada pempengaruh tersebut.

Ellie tak perlu influencer untuk naikkan nama dia, nama dia dalam industri seni sangat besar.

Zaman kami semua naik dulu belum ada lagi media sosial.

Tak ada adab

Dalam masa yang sama, pelakon filem Mami Jarum itu menyifatkan Imran sebagai seorang yang tidak beradab selepas melihat video permohonan maafnya.

Kaya macam mana pun kita, belajar tinggi macam mana pun, kalau adab tak ada tak payah rasa diri tu hebat.

Dia bukan mak cik hang, lebih sopan kalau panggil dia puan.

Cara minta maaf pun tak ada adab.

‘Saya nak ibu bapa dia datang minta maaf’, kalau orang yang bijak akan faham apa isi tersirat Ellie.

Terdahulu, Ellie Suriaty atau nama sebenarnya Ellie Suriaty Omar mengadakan satu sidang media meluahkan rasa kurang senang dengan kandungan dihasilkan Imran Bard pada petang Khamis.

Menurut Ellie, dia menganggap kandungan tersebut telah memperlekeh reputasi dibinanya lebih tiga dekad sebagai anak seni.

Ketika bertemu media, Ellie juga menuntut ibu bapa Imran Bard bertemu dengannya dan memohon maaf atas kelakuan pempengaruh itu.

Sumber: IG Rita Rudaini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*