“Air Mata Fahmi Bertakung Ketika Saat Terakhir” – Kanak-Kanak Tercek1k Gula-Gula ‘Gummy Eye’ Meningg4l Dunia

Ibu bapa kepada kanak-kanak yang tercekik gula-gula kenyal, Fahmi Faiz reda dengan dengan pemergian anak mereka itu setelah beberapa hari bertarung nyawa di hospital.

Lapor Harian Metro, Mohammad Fakhruddin berkongsi saat-saat terakhir Fahmi di sisi dia dan isterinya semalam.

Tiada lagi anak yang ceria, Fahmi hembus nafas terakhir di sisi ibu dan baba. Kami beritahu reda jika dia hendak pergi, dan dia pergi dengan tenang selepas isteri saya bisik kalimah syahadah di telinganya.

Saya reda walaupun secepat ini dia ‘pergi’, sekurang-kurangnya dia tidak lagi menanggung kesakitan.

Kongsi Fakhruddin lagi, Fahmi yang baru berusia 10 tahun itu pergi dengan tenang dan berada dalam keadaan seolah-olah sedang tidur nyenyak.

Ada air mata bertakung di matanya, dia pergi dalam keadaan cukup tenang seolah-olah sedang tidur. Adik, Nufa Fakhira (4 tahun) dan neneknya juga datang melawat Mohamad Fahmi petang tadi (petang semalam).

Nufa menangis panggil abangnya dan mengajak mandi kolam bersama

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Fahmi, yang berada dalam keadaan kritikal dipercayai akibat tercekik gula-gula kenyal, telah meninggal dunia pada Khamis.

Difahamkan, Fahmi membeli gula-gula tersebut di luar kawasan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Sungai Dua, Butterworth.

Kejadian berlaku sekitar jam 2.30 petang apabila mangsa tiba-tiba jatuh pengsan ketika dalam perjalanan ke tandas. Guru yang menyedari kejadian tersebut segera menghubungi pasukan perubatan untuk mendapatkan bantuan.

Setibanya pasukan kesihatan, mereka berjaya mengeluarkan gula-gula yang tersekat di mulutnya. Namun, Fahmi masih tidak menunjukkan sebarang reaksi dan kekal tidak sedarkan diri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*