
Isteri kepada Shuk Sahar iaitu Fara Salleh nekad membuat keputusan untuk bercerai dengan pelawak dan pengacara itu.
Nekad fail cerai
Ketika dihubungi OhBulan!, Fara mendedahkan dia enggan lagi meneruskan perkahwinan yang didakwa toksik.
Kata Fara, keputusan itu juga untuk kebaikan masa depan anak dalam kandungannya sekarang ini.
Semestinya (nekad nak bercerai). Itu yang terbaik untuk bayi. Saya tak nak jadi ibu toksik kepada anak saya.
Saya tahu perkahwinan saya tidak healthy untuk diteruskan. Kalau saya teruskan juga nanti akan beri kesan kepada anak. Terutama bila nanti kami suami isteri bergaduh, akan seksa mental anak.
Jadi, untuk selamatkan anak saya dan kesihatan mental, memang saya nak bercerai.
Sebenarnya, kami dah cuba untuk berbincang banyak kali tapi dia (Shuk) tak pernah nak sit down heart to heart talk. Dia selalu abaikan dan anggap saya hanya nak issuekan benda remeh.
Dakwa Shuk tak datang melawat
Tambah Fara lagi, dia mendakwa Shuk masih belum memunculkan diri di hospital.
Shuk langsung tak ada melawat. Padahal dia ulang alik Singapura dan Pulau Pinang.
Dalam pada itu, ditanya mengenai keadaan dirinya dan bayi, Fara bersyukur dalam keadaan baik.
Hari ini hari kedua di hospital. Saya ditahan di hospital di Johor. Sejak 6 Februari lalu, saya keluar masuk (hospital) cuma kali ini agak lama. Baby alhamdulillah.
Terdahulu, menerusi hantaran di Instagram Story, Fara meluahkan rasa bengangnya terhadap Shuk yang didakwa telah mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami.
Sekadar info, kemelut rumah tangga antara Fara dan Shuk bermula pada tahun lalu selepas wanita itu mengaku meminta cerai kerana tidak tahan dengan perangai suaminya itu.
Untuk rekod, Fara dan Shuk berkahwin pada November 2023 selepas bercerai dengan isteri pertamanya iaitu Rossa Sera pada 22 Mac 2023.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
: Sumber
Leave a Reply