
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sedang menyiasat dakwaan bahawa anggotanya telah membuat serbuan tanpa mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan dikatakan melakukan pemerasan.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar, siasatan tersebut dijalankan pihak polis susulan sebuah rakaman video dan kenyataan yang tular selepas dimuat naik di Facebook oleh ‘En Abdul’.
Jelasnya, semakan yang dilakukan mendapati bahawa rakaman video itu memaparkan serbuan oleh empat anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di Pelangi Damansara pada 10 Oktober 2024 ketika Op Tapis di kawasan Damansara.
Siasatan dibuka bagi menyiasat dakwaan yang ditularkan dan tindakan tegas akan diambil sekiranya wujud salah laku dalam kejadian ini.
Terdahulu, tular dakwaan pengadu tentang empat anggota polis itu yang menyerbu kediamannya tanpa waran selain turut memecahkan kamera litar tertutup (CCTV).
Pengadu juga mendakwa empat anggota itu telah mengambil kad memori CCTV tersebut dan meminta wang pemerasan sebanyak RM1,200.
sebab tu orang awam susah dah nak percaya polis. Cuba buat macam ni kat markas rumah kedai pendatang tanpa izin tu. Entah entah sebab ambik duit tu yang banyak kedai warga asing yang x kena serbu. Sial polis macam ni, elok satu keturunan kena penyakit takde ubat. pic.twitter.com/SDxwIUt7rj
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) February 18, 2025
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
: Sumber
Leave a Reply