
Misteri kehilangan isterinya akhirnya terjawab selepas wanita berkenaan ditemui maut bersama kekasih di dalam sebuah kereta yang diletakkan di jalan dekat wilayah tengah Chachoengsao pada 17 Februari.
Menurut laporan, pegawai dari Balai Polis Mueang Chachoengsao telah mendapat panggilan dan diminta ke Jalan Nombor 304 dekat daerah Mueang untuk menyiasat sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Isuzu MU-X berwarna putih yang mencurigakan kira-kira jam 9 pagi.
Laporan itu dibuat oleh seorang pejalan kaki yang ternampak lubang tembakan di tingkap tempat duduk penumpang kiri kenderaan itu.
Selepas melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan itu, pegawai polis berkenaan telah menemui mayat lelaki berusia 33 tahun, Chatchai Hongcharoen dan wanita, Natticha, 26, dalam keadaan tidak bernyawa.
Difahamkan, Chatchai merupakan Ahli Majlis Perbandaran Daerah Kecil Plaeng Yao dan polis menemukannya di tempat duduk pemandu dengan kesan tembakan di bahagian kanan kepalanya.
Lelaki itu juga masih memegang pistol Sig Sauer 9mm manakala Natticha, yang duduk di tempat duduk penumpang, juga mengalami luka tembakan di kepala kanannya.
Sebelum ini, suami Natticha, Ttitiwat, 23, telah membuat laporan polis berhubung kehilangannya di Balai Polis Plaeng Yao pada 16 Februari lalu.
Ttitiwat berkata isterinya telah meninggal rumah mereka dengan sebuah kenderaan SUV pada pagi 16 Februari dan tidak pulang-pulang.
Dia berasa risau dengan keselamatan isterinya yang mungkin menjadi mangsa rompakan kerana keluar dengan memakai rantai dan gelang emas apatah lagi Ttitiwat tidak dapat menghubungi Natticha.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
: Sumber
Leave a Reply