
Niat ingin membantu namun ketika itulah ajal menjemputnya.
Seorang lelaki berusia 47 tahun yang berhenti di bahu jalan untuk membantu mangsa kemalangan di Lebuhraya Karak-KL menghala ke Kuala Lumpur maut selepas dilanggar kereta yang hilang kawalan.
Menurut kenyataan polis, sebuah kereta telah terbabas dan masuk ke dalam longkang sebelum beberapa kenderaan yang lalu jalan itu memberhentikan kenderaan untuk membantu mangsa.
Bagaimanapun, ketika kejadian itu salah sebuah kereta terbabas dan telah merempuah dua orang individu yang sedang membantu mangsa kemalangan terbabit.
Akibat kemalangan itu, empat individu telah dihantar ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan.
Salah seorang daripada empat mangsa yang membantu mengawal lalu lintas, Tan Wing Foo meninggal dunia semasa menerima rawatan.
Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Zaiham bin Mohd Kamar, kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Difahamkan, mangsa berasal dari Sri Tanjung, Kuantan dan menurut adik lelakinya, Tan Wing Foo merupakan bapa tunggal dan membesarkan tiga orang anak perempuan berusia 7, 9 dan 11 tahun.
Dia sangat sayang anak-anaknya dan akan menghantar mereka ke sekolah setiap hari. Seluruh keluarga kami sangat terkesan dengan pemergiannya secara mengejut dan akan mengambil tanggungjawab menjaga ketiga-tiga anaknya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
: Sumber
Leave a Reply