
Wanita yang sebelum ini tular dan dikehendaki kerana mencuri wang berjumlah RM2,500 selepas menyamar sebagai tetamu di sebuah majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan akhirnya sudah ditangkap.
Hasil siasatan pihak polis juga mendapati kejadian itu bukanlah kali pertama berlaku dan suspek pernah mencuri sebelum ini.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, wanita itu telah ditahan pada jam 2.35 petang semalam selepas sepasukan anggota terserempak dengan sebuah teksi jenis Nissan Sentra dalam keadaan mencurigakan.
Anggota bertugas terus mengekori kereta tersebut dan menahan suspek bersama seorang lagi rakannya yang merupakan pemandu teksi di hadapan sebuah masjid.
Selepas disoal siasat, suspek mengaku telah mencuri wang berjumlah RM2,500 semasa majlis perkahwinan di Kampung Tasek Berangan, 1 Februari lalu.
Semakan ke atas suspek mendapati dia mempunyai 10 rekod jenayah lampau. Seorang lagi rakan suspek yang merupakan seorang lelaki berusia 62 tahun mempunyai satu rekod jenayah lampau.
Polis turut membuat pemeriksaan ke atas badan kedua-dua suspek dan tidak menjumpai apa-apa barang yang menyalahi undang-undang.
TambahKama Azural, kedua-dua mereka akan dibawa ke Mahkamah Pasir Mas hari ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
: Sumber
Leave a Reply