
Suspek pembunuhan peniaga wanita, Norshamira Zainal, 37, yang ditemui mati di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur pada Khamis lalu, telah ditangkap awal pagi Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, suspek berusia 53 tahun itu ditahan jam
5.30 pagi di sebuah rumah, kawasan perumahan Wakaf Tembesu, Gong Badak, Kuala Terengganu pada Sabtu.
Menurutnya, tangkapan dilakukan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)
Kontinjen Pahang dan Terengganu.
“Susulan penahanan suspek, polis menemui dan merampas sebentuk cincin, wang tunai, pakaian dan dokumen untuk membantu siasatan.
“Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret Kuantan hari ini (Sabtu),” katanya.
Wan Mohd Zahari berkata, polis percaya berjaya menyelesaikan kes bunuh berkenaan dengan penangkapan suspek.
“Pihak polis mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang membantu menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan,” katanya.
Suspek kes bunuh peniaga, Norshamira Zainal yang ditemui maut di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur akhirnya berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, suspek berusia 53 tahun itu ditangkap di sebuah rumah di kawasan perumahan Wakaf Tembesu, Gong Badak, Kuala Terengganu pada Sabtu.
Suami pernah ikut isteri COD kepada suspek. Terbaru, suami mangsa, Muhammad Afiq Akmal Nudin menerusi laporan Kosmo! mendedahkan bahawa beliau pernah berjumpa dengan suspek sebanyak dua kali sebelum ini.
Saya berjumpa dengannya ketika mengikut isteri menghantar COD kepada lelaki itu. Dia nampak baik dan peramah tetapi tidak sangka sangat kejam.
Menurutnya, suspek yang berbadan agak berisi itu kelihatan mesra dan tidak menunjukkan sebarang tanda mencurigakan. Suspek peramah, ajak candat sotong.
Malah, suspek pernah mengajaknya untuk menikmati ikan bakar bersama dan mencandat sotong.
Saya ingat lagi dia cakap ‘ini suami awak nak kenal sangat boleh belanja ikan bakar dan nak ajak mencandat sotong’ dan saya tidak sangka pula ia berakhir begini.
Semasa menahan suspek, pihak polis turut menemui dan merampas sebentuk cincin, wang tunai, pakaian dan dokumen untuk membantu siasatan.
Sumber: astroAwani
Leave a Reply