
TIADA angin tiada ribut, pelakon Hafidz Roshdi memaklumkan isterinya iaitu Athira Yuhada selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka.
Berita gembira itu dimaklumkan Hafidz atau
Muhammad Hafidz Roshdi, 31, apabila memuat naik foto bersama Athira dan bayi mereka.
Kongsi Hafidz, bayi tersebut dilahirkan pada Khamis lalu di sebuah hospital di Shah Alam, Selangor.
Hafidz dan Atirah timang cahaya mata pertama.
“Alhamdulillah, dilahirkan pada 13 Februari 2025, 7.35 malam,” katanya.
Hafidz berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada petang Ahad.
Bagaimanapun Hafidz dan Athira tidak berkongsi jantina bayi mereka.
Malah Hafidz juga sebelum ini ini tidak pernah berkongsi berita kehamilan Athira apabila ditanya media.
Untuk rekod, Hafidz pernah mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada
30 April 2016, namun bercerai pada 27 Julai 2023.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Humairah, 8, dan, Umarr, 5 tahun.
Hafidz menamatkan dudanya dengan Athira pada 15 Disember 2023.
Sumber: mstar
Leave a Reply