“Kalau Saya Ke Mahkamah Syariah, Mestilah Ada Nama Saya Di Sana” – Uqasha Senrose T3pis D4kwaan Rumah Tangga Bermas4lah

Pelakon jelita, Uqasha Senrose meminta pihak yang menyebarkan dakwaan mengenai perkahwinannya dengan Kamal Adli berada di ambang perpisahan untuk mengemukakan bukti yang kukuh.

Menurut Xtra, Uqasha atau nama lengkapnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen berkata, dia tidak pernah hadir ke mahkamah syariah seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

uqasha dan kamal

Kalau saya ke mahkamah syariah, mestilah ada nama saya di sana. Jika benar cerita saya sudah sampai mahkamah, berilah bukti. Mahkamah mana? Memang saya tak pergi.

Saya pun tengah sibuk dengan anak. Bila masa pula timbul dakwaan saya patah balik, mana ada yang buat macam tu. (Kalau) dah ke mahkamah, pergi teruslah.

Insya-Allah selagi boleh kami berdua mahu jaga sebaik-baiknya rumah tangga ini.

uqasha senrose

Kata Uqasha, dia enggan melayan spekulasi yang tidak berasas dan merasakan tiada apa yang perlu dirisaukan mengenai gosip berkenaan.

Saya tak terfikir nak ambil tindakan undang-undang terhadap individu yang bercakap. Mulut orang kita tak boleh nak tutup.

Paling penting, hubungan saya dan suami dalam keadaan baik.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*