“Tak Mahu Buat Lagu Dengan Dia..” – N4fi G1mik Lagu Raya, Iman Troye Enggan Tarik Laporan P0lis Terhadap Aliff Syukri

Penyanyi, Iman Troye tampil memberi penjelasan berhubung isunya bersama usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri yang sedang hangat diperkatakan oleh netizen.

Menerusi satu hantaran di akaun TikToknya, Iman menjelaskan bahawa pergaduhan di antara mereka bukanlah gimik seperti yang disangka ramai.

Ini bukan gimik, memang Datuk Aliff ada masalah dengan saya.

Kalau ikutkan, saya pun taknak buat lagu dengan dia memandangkan dia rasa diri dia bagus.

Iman turut berkata dia enggan menarik semula laporan polis yang telah dibuat ke atas usahawan tersebut.

iman troye

Untuk Datuk Aliff Syukri, saya minta maaf tapi saya tak akan tarik balik report saya.

Saya rasa baik kita teruskan je memandangkan Datuk pun ada tak puas hati dengan saya.

@imantroye

berani kerana benar.

♬ original sound – imantroye – imantroye

Sebelum ini, Iman Troye telah memuat naik satu video meluahkan dia kurang bersetuju apabila Datuk Aliff Syukri ingin mengeluarkan lagu raya terbaru.

Susulan itu, Datuk Aliff membuat siaran langsung (live) di TikTok bersama Iman untuk berbincang namun perbincangan tersebut bertukar menjadi perbalahan.

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*