![Zafirah Keramat Viral Artikel Image - 2025-02-13T093218.351](https://www.keramatviral.com/wp-content/uploads/2025/02/Zafirah-Keramat-Viral-Artikel-Image-2025-02-13T093218.351-678x381.png)
WARGA maya sebak melihat foto tular seorang bapa sedang memeluk anak perempuannya yang sudah tidak bernyawa.
Foto itu dirakam selepas kenderaan dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam gaung di jalan lama Raub-Bentong, kira-kira 6 petang, Selasa.
Menurut Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd Shahril Abdul Rahman, mangsa yang berusia lima tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.
Shahril dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan bapa mangsa memandu kereta jenis Honda Accord dan sedang dalam perjalanan dari Tranum menuju ke Raub.
“Apabila sampai di tempat kejadian, kereta terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke dalam gaung.
“Pemandu masih sedar dan membawa naik mangsa penumpang hadapan, seorang kanak-kanak perempuan iaitu anaknya sendiri yang tidak sedarkan diri,” katanya.
Mangsa diberikan bantuan pernafasan oleh pasukan bomba, namun disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan Hospital Raub.
Bapa mangsa berusia 30 tahun dan bekerja sebagai buruh ladang durian.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
sumber : mstar
Leave a Reply