Pernah Dihin4, Naim Daniel Masih Hormat Diva AA, Anggap Penglibatannya Dalam MV ‘Lagu Lelaki Gil4’ Permulaan Hubungan Baik – “Saya Rasa Macam Satu ‘Closure’…”

Pelakon dan penyanyi popular, Naim Daniel memaklumkan kemunculan pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA dalam muzik video ‘Lagu Lelaki Gila’ merupakan satu permulaan yang baik memandangkan selebriti itu pernah menghinanya beberapa tahun yang lalu.

Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok XO House, Naim menjelaskan dia menyayangi dan menghormati pengacara itu meskipun berlaku salah faham antara mereka.

naim daniel azwan ali

Mungkin ada beberapa acara yang membuatkan rakyat Malaysia tahu mungkin ada salah faham berlaku, tapi saya tetap akan sayang dan hormat dia.

Untuk dia berada dalam muzik video Lelaki Gila sebenarnya memang saya yang mahukan. Saya rasa macam satu closure dan permulaan yang baik untuk saya dan Diva AA.

Sebelum ini orang tanya apa perkembangan saya dengan Diva AA, jadi sekarang dah termeterai. Dah terjawab semuanya.

Dalam pada itu, Naim turut akui bahawa dirinya adalah peminat Diva AA dan dia sangat bersyukur dapat mempamerkan sisi berbeza pengacara itu.

Saya juga peminatnya. Saya bersyukur dia ada dalam muzik video saya sebab dia sangat profesional. Sangat komited dan apa yang disampaikan dalam MV sebenarnya kita jarang dapat lihat dia berada dalam keadaan itu.

Terdahulu, Azwan Ali mencetuskan kontroversi dengan memuat naik status berunsurkan provokasi apabila Naim Daniel dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke 34 (AJL 34).

Azwan menerusi akaun Twitter berkata dia langsung tidak mengenali Naim. Dia turut menyatakan perasaan tidak hairan terhadap penyanyi itu meskipun menjuarai AJL34 dan pada masa yang sama menyertakan carutan, ayat penuh makian dalam status tersebut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*