
ISTERI kepada pelakon Allahyarham Roslan
Saleh iaitu Zainun Majid memberitahu suaminya itu meninggal dunia dalam keadaan tenang ketika sedang tidur.
Menurut Zainun, 56, dia mengetahui arwah sudah tidak lagi bernyawa sewaktu mahu mengejutkan suami sejurus selesai menunaikan solat subuh.
“Arwah meninggal dunia ketika tidur, punca tu saya tak pasti mungkin ada kaitan dengan penyakit sebelum ini.
Zainun ialah orang pertama jumpa arwah ketika sudah tidak bernafas.
“Saya orang pertama tahu perkara itu selepas cuba kejutkannya selepas selesai solat subuh,” katanya.
Dalam pada itu, Zainun berkata arwah tidak menunjukkan sebarang petanda sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Malah, wajah arwah kelihatan tenang dan bersyukur urusan perjalanan akhir suami dipermudahkan.
“Dia tiada beri apa-apa petunjuk atau berkelakuan pelik, cuma malam tadi dia demam panggil saya nak air… itu sahaja!
“Ramai ahli keluarga yang berebut nak mandi dan buat solat jenazah untuk arwah.
“Bila saya lihat wajah arwah, nampak mukanya dalam keadaan tenang dan bersih,” jelasnya.
Pada pagi Jumaat, Roslan disahkan meninggal dunia oleh anak perempuannya iaitu Farahanis menerusi satu hantaran yang di muat naik di Facebook.
Roslan mempunyai sakit kencing manis dan diabetes.
Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Kampung Rantau Panjang, Masjid Tanah, Melaka untuk pengurusan dan dijangka dikebumikan selepas solat Jumaat.
Untuk rekod sebelum ini Allahyarham mengalami penyakit kencing manis dan diabetes sejak tiga tahun lalu.
Malah kerana penyakit berkenaan arwah tidak dapat melihat dan sukar menguruskan diri sendiri.
Sumber: mstar
Leave a Reply