
PELAKON veteran Roslan Saleh dilaporkan meninggal dunia pada pagi Jumaat.
Roslan atau Roslan Saleh yang kini berada di Melaka menghembuskan nafas terakhir pada usia 68 tahun.
Berita sedih itu dikongsikan oleh anak perempuannya iaitu Farahanis Roslan.
Roslan derita penyakit kencing manis dan diabetes.
“Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda saya Roslan Saleh baru saja meninggal dunia sebentar tadi,” katanya.
Farahanis berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Facebook, Dia bagaimanapun tidak berkongsi lanjut punca kematian bapanya itu.
mStar juga sedang berusaha mendapatkan maklumat mengenai pemergian pelakon ini.
Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Kampung Rantau Panjang, Masjid Tanah untuk pengurusan dan dijangka dikebumikan selepas solat Jumaat.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati atas pemergian berkenaan dan mendoakan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
“Salam takziah buat Farahanis Roslan sekeluarga.
Roslan menghembuskan nafas terakhir pada usia 68 tahun.
“Semoga dipermudahkan segala uruskan dan Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
“Selamat jalan Roslan, semoga di tempatkan di syurga Firdausi,” tulis netizen.
Untuk rekod, sebelum ini Allahyarham mengalami penyakit kencing manis dan diabetes sejak tiga tahun lalu.
Malah kerana penyakit berkenaan arwah tidak dapat melihat dan sukar menguruskan diri sendiri.
Sumber: Mstar
Leave a Reply