Sejak semalam, kemalangan maut yang membabitkan sebuah Perodua Alza dan beberapa buah motosikal di Jalan Hulu Langat menjadi bualan ramai di media sosial.
Kemalangan itu mendapat perhatian ramai apabila mangsa yang maut merupakan seorang pelajar bidang perakaunan terbaik dunia,
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata kemalangan itu berlaku pada jam 4.45 petang dan membabitkan empat buah motosikal serta dua kereta.
Berdasarkan kamera dari sebuah kereta, pemandu Perodua Alza yang datang dari arah Ampang telah masuk ke laluan bertentangan dan merempuh kelima-lima kenderaan dan menyebabkan salah seorang penunggang motosikal tercampak dan jatuh di tepi jalan.
Akibat kemalangan itu, seorang lelaki berusia 20 tahun yang menunggang sebuah motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Lima lagi penunggang dan pembonceng motosikal yang lain cedera dan di bawa ke Hospital Ampang untuk rawatan.
Punca adalah Alza yang masuk lane sebelah…. pemandu camni tolong la caj membunuh dan bagi hukuman paling berat yang ada…… pic.twitter.com/OHOgNbV3PA
— MYNEWSHUB (@mynewshub) February 2, 2025
Sementara itu, di media sosial pula ramai netizen meluahkan rasa terkilan kerana mangsa maut merupakan pelajar cemerlang di bawah biasiswa MyPAC-Maybank Islamic Berhad bagi program ACCA-FIA di TYMBA.
Allahyarham Aysar Zahran Saiful Alimin sebelum ini berjaya meraih tempat pertama di Malaysia dan tempat kedua dunia bagi kertas Management Information 1 (MA1) dalam peperiksaan FIA pada Disember 2023.
“Pencapaian luar biasa Aysar, termasuk meraih tempat pertama di Malaysia dan tempat kedua di dunia bagi kertas Management Information 1 (MA1) dalam peperiksaan FIA pada Disember 2023, amat membanggakan kami,” tulis TYMBA Education di Facebook.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
: Sumber
Leave a Reply