Azrul tolak permintaan isteri Along Cham mohon sumbangan, rasa s4ngsi asyik ditanya ‘bila nak masukkan duit?’

PELAWAK dan pengacara Azrul Zaidi mendedahkan isteri Along Cham iaitu Afreena Suhaimi ada menghubunginya untuk memohon bantuan ketika suaminya itu berada dalam tahanan polis.

Terkejut ketika dihubungi Afreena, Azrul atau Asrul Zaidi Jamaluddin, 51, berkata, alasan wanita itu meminta bantuan adalah kerana mahu membayar peguam dan urusan melibatkan hal mahkamah yang menelan belanja lebih RM100,000.

“Ada dia (Afreena) hubungi saya, terkejut juga mana dia dapat nombor telefon saya.

Azrul dedah Afreena ada hubungi minta bantuan.

“Dia tak beritahu nak amaun berapa cuma beritahu nak bayar peguam dan sebagainya menelan belanja lebih RM100,000,” katanya.

Menurut Azrul, pada awalnya dia ada niat untuk membantu, namun perasaan sangsi terhadap wanita itu membuatkan dia melupakan hasrat berkenaan.

Malah selepas isu ini tular, Azrul mendedahkan perbualannya bersama Afreena menerusi aplikasi WhatsApp dan Instagram juga sudah dipadam.

“Mulanya ada niat nak bantu tapi saya tak beri sebab rasa sangsi, dia asyik tanya bila nak masukkan duit macam terdesak sangat.

“Lepas itu bila saya lihat isu dia dah viral, saya lihat segala perbualan saya dan dia di WhatsApp dan Instagram semua dah dipadam,” jelasnya.

Ditanya mengenai hubungannya dengan Along, Azrul yang juga merupakan bekas anggota Cham memberitahu sudah sembilan tahun mereka tidak bertegur sapa sejak berakhirnya program Maharaja Lawak Mega 2016.

Walaupun terdetik rasa rindu terhadap sahabatnya itu, Azrul berharap kontroversi yang melanda akan membuatkan Along menjadi insan lebih baik pada masa hadapan.

“Kali terakhir kami berhubung adalah ketika bertanding Maharaja Lawak Mega 2016, selepas itu dah senyap. Kami pun masing-masing tak follow antara satu sama lain di media sosial.

Azrul dan Along sudah sembilan tahun tidak bertegur sapa.

“Saya cuma berharap ujian hidup yang terjadi pada dirinya itu membuatkan dia menjadi manusia lebih baik di masa hadapan,” ujarnya.

Sebelum ini, Along atau Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, mendakwa isterinya iaitu Afreena telah menyeleweng dana sumbangan hampir RM100,000.

Malah dedah Along pelakon Aaron Aziz antara rakan artis yang memberikan sumbangan tersebut.

Pada pagi Rabu, Afreena selesai membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah Kajang dan mendakwa dirinya menjadi mangsa penipuan wanita bernama Ika selepas menyalurkan duit sebanyak RM95,180 untuk membantu suaminya yang sedang ditahan.

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*