Penj4ra jadi tempat Along Cham ‘cuci’ hati, rancang hasilkan filem mengenai kisah hidupnya

PELAWAK Along Cham menyifatkan tempoh lebih sebulan berada di Penjara Sungai Buloh sebagai tempat dia muhasabah diri ketika berdepan ujian berat itu.

Kata Along atau Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, keutamaannya kini adalah mahu membershkan nama selepas tercemar akibat terpalit kes dadah.

“Saya anggap apa yang jadi ni sebagai dugaan dan masuk ke penjara adalah ‘dobi’ saya cuci hati saya.

“Saya cuma nak bersihkan nama saya yang telah difitnah,” katanya.

Along sempat muhasabah diri sepanjang berada di penjara.

Along berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas selesai diikat jamin oleh keluarganya di Mahkamah Majistret Sepang, Selangor pada pagi Isnin.

Dalam pada itu, Along berkata dia sedar terdapat segelintir orang di luar sana yang bertepuk tangan ketika dirinya berada di dalam penjara.

Namun Along berkata perkara itu tidak akan melemahkan semangatnya dan menjadikan dirinya lebih kuat.

“Ramai orang tak tahu, saya masuk penjara sebenarnya ramai orang gembira siap bertepuk tangan.

“Tapi saya akan jadi lebih kuat dan takkan lemah dengan ujian yang sedang saya hadapi,” ujarnya.

Sementara itu, Along juga merancang mahu menerbitkan filem mengenai dirinya tidak lama lagi.

“Selain mahu membersihkan nama, saya akan terbitkan filem selepas ini.

Kes dadah Along diklasifikasi sebagai dilepaskan tanpa dibebaskan.

“Cerita itu kisah benar fasal diri saya, sama ada cepat atau lambat nantikan sahaja,” jelasnya.

Pada pagi Isnin, satu daripada dua kes dadah Along diklasifikasi sebagai dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA).

Bagaimanapun kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Majistret dan Along mengaku tidak bersalah bagi dua pertuduhan baharu iaitu dia didakwa miliki ganja serta memasukkan dadah berbahaya disyaki jenis tetra hydrocannibol (THC) ke dalam badan.

Dua kes berkenaan disambung pada 7 April depan bagi serahan dokumen dan laporan kimia..

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*