Lagi lima hari nak mendirikan rumah tangga bersama, seorang lelaki di TikTok luah rasa sedih yang tak terhingga susulan bakal isteri dijemput Ilahi.
Difahamkan, bakal isteri serta dua orang adik beradiknya terlibat dalam kemalangan membabitkan Perodua Myvi dan sebuah lori Hino di Kilometer 52 Jalan Johor Bahru-Mersing pada 25 Januari.
Kemalangan tersebut telah meragut nyawa bakal isterinya selepas alami kecederaan parah di bahagian badan dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Lagi 5 hari nak kahwin, ajal jemput awak dulu. Impian kita tak kesampaian..
Kejadian kemalangan maut ini dipercayai berlaku selepas kereta jenis Perodua Myvi cuba untuk memotong kenderaan di hadapan dan masuk ke laluan bertentangan lalu berlanggar dengan lori jenis Hino.
VIDEO
@aiman81998 Pakat2 Sedekahkan Al-fatihah untuk Tunang Sya Siti Nabila Binti Rudin.. Lagi 5hari nk kawin, Ajal jemput awk dulu, Impian kita tk kesampaian😭😭😭 #sayangawaksangat2 @Biel4_rdn
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
: Sumber
Leave a Reply