Trump sahkan b0m lebih 900kg ‘dalam perjalanan’ ke Isr4el

PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump mengesahkan bahawa ‘banyak perkara yang telah ditempah dan dibayar oleh Israel, tetapi tidak dihantar oleh Joe Biden, kini dalam perjalanan ke negara berkenaan’.

Ini termasuklah penghantaran 1,800 bom MK-84 yang tertangguh selama beberapa bulan, lapor Anadolu.

Kenyataan Trump di platform Truth Social pada Sabtu (25 Januari) dibuat berikutan keputusan Pentagon untuk menarik balik sekatan terhadap penghantaran ‘bom’, yang dikenakan pada Mei lalu oleh pentadbiran Biden.

Laman agensi berita Amerika, Axios, melaporkan bahawa sekatan itu ditarik balik pada Jumaat (24 Jan).

Bom seberat 907.2 kilogram (kg) yang sebelum ini disimpan di Amerika dijangka dihantar ke Israel dalam beberapa hari akan datang.

Sekatan yang dikenakan oleh Biden sebelum ini bertujuan untuk membantah tindakan ketenteraan Israel di bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

Keputusan mantan presiden AS itu mencetuskan salah satu krisis paling signifikan dalam hubungan Amerika-Israel.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah menggunakan kelewatan tersebut sebagai alat politik dengan mengumpulkan sokongan daripada penggubal undang-undang Republikan Amerika yang mengkritik pendirian Biden, walaupun sekatan itu dilakukan berikutan kebimbangan terhadap potensi korban awam di Gaza.

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*