Hantar anak ke asrama seawal tingkatan 1… Ramai bekas pelajar harap dapat putar masa, mahu betulkan satu perkara

SETIAP ibu bapa pasti ada perancangan tersendiri apabila melibatkan pendidkan anak-anak.

Ada yang merancang menghantar anak ke sekolah berasrama kerana mahu mereka berdikari serta berdisiplin dan ada juga berpandangan sekolah harian biasa juga mampu melahirkan modal insan cemerlang.

Namun, bagi seorang ibu, dia berada dalam dilema sama ada perlu atau tidak menghantar ananya ke asrama.

“Dilema la jadi mak-mak ni. Korang rasa untuk tingkatan satu terlalu awal ke nak bagi duduk asrama?” soalnya.

Pelajar yang tinggal di asrama mempunyai masa belajar yang lebih teratur. -Gambar hiasan

Pertanyaan itu mendapat pelbagai reaksi dengan sebahagiannya kurang bersetuju untuk menghantar anak ke asrama.

Bagi mereka menghantar anak pada usia yang muda hanya akan menyebabkan hubungannya dengan ibu bapa serta adik beradik lain menjadi renggang.

Pandangan itu dilontarkan oleh mereka yang berpengalaman tinggal atau menghantar anak ke asrama.

“Saya pernah menjadi seorang anak yang tinggal di asrama sejak tingkatan satu dan saya tak hargai.

“Kalau saya boleh kembali ke masa lalu, saya akan pilih untuk tinggal di rumah bersama keluarga kecuali mereka (anak) yang mahu,” kata seorang wanita.

Saya duduk asrama lima tahun dan kadang menyesal sebab tiada banyak kenangan dengan adik beradik.

NETIZEN

Seorang lagi wanita yang tinggal di asrama sejak tingkatan 1 berkata dia terdetik untuk memberitahu ibu bapanya berhubung perkara ini ketika dihantar ke sekolah berasrama tetapi gagal.

“Saya pun sebenarnya tak nak duduk asrama. Hubungan dengan mak, ayah, dan adik-beradik jadi kurang. Saya nak suarakan pendapat tu dulu, tapi masa tu saya cuma 13 tahun.

“Sampai tingkatan lima saya rasa nak lebih dekat dengan mak ayah, tapi lepas tu masuk universiti, tetap tak dapat juga hubungan tu,” tambah seorang wanita.

Begitu juga dengan seorang individu yang menganggap hubungan dengan adik beradik renggang kerana dirinya tinggal di asrama.

“Kenangan setiap hari dengan anak tu dah hilang. Saya duduk asrama lima tahun dan kadang menyesal sebab tiada banyak kenangan dengan adik beradik.

“Lepas SPM matrik, universiti dan kahwin. Kalau boleh putar masa saya nak duduk rumah,” katanya.

Reaksi netizen

“Suami saya adik beradik dia semua duduk asrama seawal tingkatan satu. Adik beradik saya pula, semua tak duduk asrama masa sekolah.

“Hubungan adik beradik kami sangat berbeza dengan famili belah suami. Saya dan suami buat keputusan, anak-anak tak kan dihantar ke asrama selagi mash bersekolah. Masa dengan mereka tak lama pun, kata seorang lagi warga maya.

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*