Ahli kumpulan pelawak legenda, Senario iaitu Saiful Apek mendedahkan momen apabila rahsia keluarga akhirnya terbongkar ketika dia dilarang mencium jenazah ibu.
Anak angkat
@dolspodcast Saiful Apek baru tau beliau anak angkat masa nak cium arwah ibu semasa meninggal dunia 🥲. Layan Episod 52, RABU 9 MALAM di Youtube Shuib Channel & spotify Dol’s Podcast. NAK BELAJAR BUAT SIDE INCOME ? BOLEH FOLLOW @Fokiyoks @shuibsepahtu @shuksahar @Mamatsepah_Nana @Fizie Roslan @Saiful Apek GITU2 #dolspodcast
Menerusi satu sesi temu bual bersama Dol’s Podcast, pemilik nama Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff akui terkedu dengan kenyataan dirinya merupakan anak angkat kepada keluarga itu.
Menurutnya, dia diambil oleh ibu angkat ketika usianya kurang daripada seminggu.
Bila saya nak cium tu, ada suara yang berkata tak boleh.
Kematian mak adalah sesuatu yang mengejut.
Ketika itu umur saya 21 tahun.
Saya rasa macam mimpi, orang cakap tak boleh cium sebab bukan mahram.
Saya tak sempat disusukan kerana ibu angkat saya tak pernah dan tak boleh untuk melahirkan.
Walau bagaimanapun, Saiful memaklumkan dia bertegas untuk cium ibunya walaupun dilarang.
Dah meninggal, boleh cium
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memaklumkan bahawa yang hidup dibenarkan untuk cium si mati walaupun bukan mahram. Selain itu, warganet turut sebak dengan situasi yang dihadapi pelawak berusia 55 tahun itu.
Sumber: TikTok @dol’s podcast
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Leave a Reply