PERJALANAN menuju ke alam perkahwinan sememangnya mencabar, apatah lagi jika melibatkan perbezaan pendapat, prinsip dan kehendak antara pasangan.
Seorang wanita yang menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki berstatus duda berkongsi dilema yang sedang dihadapi.
Menurut pengadu tanpa nama itu, mereka sudah berkawan hampir setahun dan bercadang untuk mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Krisis antara menantu dan mentua sering dikongsikan di media sosial. -Gambar hiasan
Namun, isu mula timbul apabila mereka berbincang tentang perancangan kehidupan selepas berkahwin.
“Saya baru tanya dia soalan, lepas kahwin nanti kita nak duduk mana? Dia cakap nak duduk dengan mak dia dalam satu rumah,” kongsi wanita itu dalam grup Tips Persiapan Kahwin di Facebook.
Wanita ini kemudian berterus terang dengan menyatakan bahawa dia lebih selesa tinggal berasingan dan membina rumah tangga sendiri tanpa sebarang campur tangan.
Namun, jawapan yang diberikan lelaki itu ternyata membuatkan wanita itu tidak puas hati sekali gus ragu-ragu untuk bernikah.
Keadaan menjadi lebih tegang apabila dia menyuarakan hasrat untuk memutuskan hubungan mereka dengan cara menghantar mesej.
“Saya cakap tak nak duduk sekali, nak duduk asing tapi dia cakap saya kena faham dia anak bongsu. Jadi dia kena jaga mak dia.
“Lepas tu saya cakap nak putuskan hubungan. Dia senyap je tak balas pun mesej saya. Esoknya dia hantar mesej dekat saya macam biasa.
Lelaki itu anak mak dan ada juga ya lelaki tak boleh berenggang dengan mak.
WARGA MAYA
“Dia abaikan saja mesej saya malam tu,” tambahnya lagi.
Kisah dikongsikan wanita ini mendapat perhatian ramai selepas pengadu meminta pendapat mereka tentang apa yang patut dilakukan.
Wanita itu menegaskan, dia cenderung mengambil keputusan memutuskan sahaja hubungan dengan lelaki itu selepas keinginan mereka bercanggah.
Rata-ratanya berpendapat pasangan suami isteri wajar memiliki ruang sendiri, sementara ada yang berpendapat menjaga ibu bapa adalah tanggungjawab yang tidak boleh diketepikan.
Komen netizen di Facebook.
“Baik putuskan. Lelaki itu ‘anak mak’ dan ada juga ya lelaki tak boleh berenggang dengan mak. Seksa awak nanti.
“Tak kan la ruang privasi awak hanya di bilik saja? Tempat memasak pun privasi tau. Sudah, angkat kaki.
“Sudah jadi duda tu, ada la yang menjadi penyebabnya,” demikian antara komen netizen.
sumber: mstar
Leave a Reply