Penampilan terbaharu pelakon, Nelydia Senrose yang dilihat tidak lagi mengenakan hijab sejak Jun lalu telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen.
‘Saya masih cuba jadi manusia baik’
Ketika ditemui!, Nelydia atau nama lengkapnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 30, bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut berhubung penampilannya itu sebaliknya dia mengakui masih mencuba untuk menjadi insan yang lebih baik.
Saya tak ada komen tentang perkara (penampilan) itu.
Macam saya pernah cakap sebelum ini, saya sedang mencuba dan masih mencuba dan tidak akan berhenti mencuba untuk menjadi manusia lebih baik.
Nelydia berkata demikian ketika ditemui pada sesi fotografi bagi drama Seindah Hujan Cinta yang berlangsung di Bandar Utama, pada Selasa.
Minta doa yang baik-baik
Dalam kesempatan itu, adik kepada aktres Uqasha Senrose ini juga memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya.
Jadi saya mengharapkan doa daripada orang ramai untuk menjadi manusia yang lebih baik.
Saya tahu dan percaya doa yang baik itu akan berbalik kepada diri kita.
Apabila ditanya mengenai responnya terhadap komen-komen netizen berhubung penampilannya yang tidak lagi berhijab, pelakon drama Seindah Hujan Cinta itu enggan memberi sebarang kenyataan.
Saya tak nak komen lanjut mengenai perkara itu.
Sekitar Jun lalu, nama Nelydia menjadi bualan hangat netizen di media sosial selepas dilihat tidak lagi berhijab. Malah pelakon drama popular Setia Hujung Nyawa itu didakwa menukar gambar profil Instagram yang menunjukkan tidak lagi bertudung.
Sekadar info, Nelydia telah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid pada 6 April 2019.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Sumber
Leave a Reply