[VIDEO] Ozlynn ‘Pulangkan’ Bibik Toksik Kepada Ejen – ‘Panjang Tangan, Menipu, Suka Fitnah & Puk*l Budak’

Pelakon Ozlynn menyerahkan semula salah seorang pembantu rumahnya yang disifatkan toksik kepada pihak ejen.

Bibik toksik

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

Menerusi perkongsian di Instagram, Ozlyn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail memberitahu bahawa dia dan ahli keluarganya memantau gerak-geri pembantu rumah tersebut menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Alhamdulillah, salah seorang bibik kami yang sangat toksik sudah pun dijemput ejen. Banyak video dalam CCTV kami simpan, semoga dia tak toksik dekat tempat lain.

Dalam masa yang sama, aktres berusia 44 tahun itu mendakwa pembantu rumah berkenaan sudah melampaui batas dengan sikapnya yang toksik terhadap orang lain.

Panjang tangan, menipu, suka fitnah dan mengajar anak-anak kami untuk berbohong, pukul budak, serta melaga-lagakan kami dengan seorang lagi pembantu. Syukur, kami tidak mudah terpengaruh.

Selepas tiga bulan menyiasat tingkah laku pembantu rumah tersebut, Ozlynn akhirnya mengambil tindakan.

Bila dia sudah mula buat budak-budak dan melampau, kami terus ambil keputusan untuk menghantarnya semula.

Lindungi pembantu lain

Menurut Ozlynn, seorang lagi pembantu rumahnya meluahkan rasa syukur kerana dia kini dapat bekerja tanpa ada sebarang tekanan.

Bibik yang masih bersama kami berkata, ‘hari ini saya bangun dengan penuh semangat, ma’am. Semangat positif. Semoga Allah lindungi kita semua, dijauhkan daripada orang munafik dan saya dapat bekerja dengan tenang tanpa tekanan mental.’

Saya benar-benar kasihan kepadanya. Sebagai majikan, saya berjanji akan menjaga kebajikannya supaya dia dapat bekerja tanpa rasa takut atau tertekan.

Dalam masa yang sama, ibu kepada enam orang anak itu menitipkan nasihat kepada setiap majikan agar mengawasi CCTV rumah masing-masing untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Jangan terpengaruh dengan bibik yang depan kita pijak semut pun tak mati. Check CCTV selalu, kadang-kadang ada pembantu yang suka dera pembantu lain.

Mental mereka kita perlu jaga, mereka tiada keluarga di sini. Kitalah majikan dan keluarga.

Sumber: IG Ozlynn

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*