Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan bahawa sijil nikah anak seorang menteri Kabinet yang berkahwin di negara jiran September lalu adalah sah.
Katanya, sijil nikah itu telah disemak dan diperakui sah dari negara jiran dan hasil siasatan mendapati pasangan terbabit bercinta dan mahu mendirikan rumah tangga namun ada halangan.
Disebabkan itu, mereka telah berkahwin secara senyap dan merahsiakan hal tersebut termasuklah daripada pengetahuan rakannya sendiri.
Apabila jadi isu macam ini, kawan-kawan mereka pun tidak tahu…jadi mereka tidak mahu memperbesarkan kerana takut keluarga terasa hati.
Terdahulu, polis melaporkan sudah melengkapkan kertas siasatan kes ugutan jenayah yang dikaitkan dengan anak seorang menteri Kabinet seperti tular di media sosial.
Kertas siasatan juga sudah dilengkapkan dan dihantar ke Timbalan Pendakwaraya (TPR) di Pulau Pinang di mana masih menunggu arahan selanjutnya.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata anaknya tidak mengatasi undang-undang dan siasatan telus dan seadilnya harus dijalankan sekiranya ada laporan terhadapnya.
Terdahulu tular dalam laman sosial aplikasi Telegram kes membabitkan anak seorang menteri, yang dilaporkan mengugut seorang wanita yang memintanya bertanggungjawab atas kandungan sejak tujuh minggu lalu.
Kejadian ugutan itu dilaporkan berlaku ketika anak menteri terbabit sedang berbincang bersama wanita itu dan beberapa saksi lain di sebuah rumah di Telok Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang, pada 24 Disember tahun lalu.
Siasatan kes masih dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
: Sumber
Leave a Reply