Gencatan senjata baru dimeterai namun Israel dikhabarkan meneruskan pengeboman seperti yang dilaporkan oleh portal berita The Guardian, semalam.
Hal itu disahkan oleh Pertahanan Awam Palestin yang dikendalikan Hamas di mana Israel dikatakan telah membuat serangan udara sehingga meragut nyawa 20 orang awam sejak perjanjian tersebut diumumkan.
Serangan itu termasuklah blok kejiranan Sheikh Radwan di Bandar Gaza yang telah mengorbankan 12 penduduk dan mencederakan 20 yang lain.
Sementara itu, wartawan Palestin, Anas Al-Sharif berkata kepantasan pengeboman dilakukan Israel meningkat secara mendadak dalam beberapa jam kebelakangan ini dengan menyifatkannya sebagai ‘mengerikan’.
Bagaimanapun, tentera Israel masih belum memberi apa-apa kenyataan dan mengulas tentang laporan pengebomam berkenaan.
Terdahulu, rundingan gencatan senjata mencapai persetujuan untuk menamatkan perang di antara Israel dan Hamas selepas 15 bulan konflik berlaku dan telah meragut puluhan ribu nyawa rakyat Palestin.
Dalam sidang media di Doha, Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani, memaklumkan bahawa gencatan senjata akan berkuat kuasa pada Ahad.
“Perjanjian ini akan menghentikan pertempuran di Gaza, mempercepat bantuan kemanusiaan yang amat diperlukan rakyat Palestin dan menyatukan semula tebusan dengan keluarga mereka selepas lebih 15 bulan ditahan,” kata Presiden AS Joe Biden di Washington.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
: Sumber
Leave a Reply