Isteri kepada pelawak Along Cham iaitu Feena Suhaimi menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT atas petunjuk yang diberikan.
‘Terima kasih Allah kerana tolong’
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, Feena atau nama lengkapnya Afreena Suhaimi, 33, mengakui sejak kebelakangan ini, dia sering melakukan solat Tahajud dan siapa sangka, Allah SWT telah memberikannya sedikit demi sedikit petunjuk.
Beberapa hari ini, saya kerap buat solat Tahajud, Alhamdulillah. Allah tunjuk sedikit demi sedikit hari ini.
Terima kasih Allah kerana tolong, #kebenaranakanterungkapsendiri
Walau bagaimanapun, isteri kepada pelawak Along Cham ini tidak mendedahkan secara terperinci mengenai perkara tersebut namun dipercayai ianya berkaitan dengan isu membabitkan suaminya yang kini ditahan kerana didakwa memiliki dadah jenis ganja seberat 60.31 gram.
Tengok tulisan awak mengukir nombor telefon saya merupakan perkara bermakna bagi saya
‘Sudah sebulan bergelut’
Menerusi hantaran sebelum ini, Feena akui bukanlah mudah untuknya melalui kehidupan sendirian selepas penahanan suaminya. Namun terpaksa kuat demi suami tersayang.
Sudah sebulan bergelut, dan kesakitan.
Walaupun selepas segala tuduhan, namun saya masih di sini berusaha untuk kuat dan berdiri untuk suamiku.
Tambah Feena lagi, dia juga tidak mengambil peduli dengan kata-kata dan tanggapan orang ramai terhadap suaminya sebaliknya percaya Allah SWT lebih mengetahui segalanya.
Orang boleh berkata apa saja dan mereka boleh mendengar pihak mana pun yang mereka mahu. Hanya Allah yang mengetahui kebenarannya! Sangat merindui suami.
Terdahulu, media melaporkan seorang selebriti lelaki ditahan bersama dua paket disyaki dadah jenis ganja.
Siasatan polis menemui dua peket lutsinar yang setiap satunya mengandungi leraian disyaki daun ganja anggaran berat keseluruhan 60.3 gram.
Hasil ujian air kencing yang dibuat juga menunjukkan suspek positif dadah tetrahydrocannabinol (THC).
Pada 20 Disember lalu, Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad selaku tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik kedua-dua pertuduhan itu dibacakan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
: Sumber
Leave a Reply