Ibu Akhiri Ny4wa B4yi Berusia 6 Bulan Dengan Gol*k Lepas Tahu Suami Kahwin Lain

Seorang ibu tergamak mengakhiri hayat anak bongsunya yang baru berusia enam bulan hanya kerana mendengar berita bahawa suaminya telah berkahwin lain.

Bunuh anak kandung

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Tribunnews, kejadian ngeri itu berlaku pada 11 Januari lalu di sebuah kediaman yang terletak di Kabupaten Lampung Timur, Indonesia.

Difahamkan, pembunuhan itu hanya disedari oleh anak sulung suspek selepas terdengar tangisan adik bongsunya dari arah dapur. Susulan daripada itu, dia bergegas ke lokasi kejadian dan alangkah terkejutnya apabila melihat adik bongsunya itu dalam keadaan terbaring dengan berlumuran darah.

Manakala, ibunya yang berada di sisi anak kecil itu sedang memegang sebilah golok. Panik melihat keadaan itu, anak sulung suspek mengangkat tubuh adik bongsunya sebelum membawanya ke rumah bapa saudara yang tinggal berhampiran.

Tidak lama kemudian, dia kembali ke rumah tersebut dan melihat mulut ibunya mula berbuih akibat meminum racun semut.

Wanita itu dan anak bongsunya telah dikejarkan ke hospital namun anak kecil itu tidak dapat diselamatkan.

Hasil siasatan awal mendapati, suspek kemungkinan mengalami kemurungan kerana tertekan membesarkan tiga anak sendirian manakala si suami jarang pulang ke rumah kerana sibuk bekerja di luar daerah. Malah ada dakwaan juga mengatakan suspek bertambah tertekan selepas mendengar berita bahawa suaminya telah berkahwin lain.

Siasatan lanjut berhubung kes masih dijalankan.

Sumber: Tribunnews

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*