“Sepanjang Mengenali Dia, Dia Bukan Jenis Begitu, Mungkin Sebab…” – Harris Annuar Tampil ‘Back Up’ Jurugambar

Pelakon, Harris Annuar akui terkejut dengan insiden yang melibatkan jurugambar, Aqo Imran didakwa mencederakan dua pereka fesyen dalam sebuah acara anugerah usahawan di sebuah hotel pada malam Rabu lalu.

Harris berkata, dia cukup mengenai jurugambar tersebut dan memberitahu jurugambar itu bukanlah seorang yang panas baran dan tindakannya pada malam itu mungkin disebabkan dia sudah lama menahan sabar.

Sepanjang mengenali Aqo, dia bukan jenis begitu (panas baran dan ganas). Mungkin sebab dia sudah lama pendam.

Mungkin sebab terlalu geram jadi dia lepaskan. Kami memang rakan baik, tahu luar dalam masing-masing.

Tiga tahun kami duduk serumah waktu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), dia seorang yang baik dan cukup menjaga solat. Dia tak pernah buat masalah.

Menurut Mstar, pelakon itu turut memberitahu jurugambar tersebut tidak pernah berkongsi isu hutang membabitkan dua pereka fesyen iaitu Razman dan Razmi kepadanya.

Berkenaan isu hutang, dia tak pernah kongsi kepada saya. Saya tahu lepas baca berita mengenai kes dia semalam.

Pelakon itu sempat menitipkan doa agar urusan rakan baiknya itu dipermudahkan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*