Anak dedah gambar mata leb4m Zahnita foto lama, lebih selesa tinggal bersama bapa

GAMBAR bahagian mata kiri dalam keadaan lebam yang dikongsi pelakon dan model Zahnita Wilson pada 2 Disember 2024 didakwa foto lama.

Anak sulungnya iaitu Zahrafeena atau mesra disapa Zahra, 18, mendakwa semua pendedahan yang dibuat ibunya sudah dirancang lebih awal.

“Ibu sudah rancang untuk kami berpindah selepas saya selesai peperiksaan SPM tetapi perkara ini menjadi tular lebih awal.

“Di sekolah cikgu ada bertanya adakah saya dipukul? Saya jelaskan tiada siapa yang dipukul dan gambar dikongsi oleh ibu itu adalah foto lama,” katanya kepada pemberita.

Zahra akui tertekan susulan konflik keluarga yang berlaku.

Zahra berkongsi perkara itu ketika sidang media tergempar yang diadakan oleh suami

Zahnita iaitu Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor di kediamannya di Kuantan, Pahang pada Selasa.

Dalam pada itu, Zahra tidak menyangkal konflik keluarganya memberi kesan terhadap dirinya apatah lagi dia kini menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Zahra juga kecewa dengan sikap Zahnita yang dilihat seperti mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu.

“Sebagai anak saya memang kecewa dan tertekan dengan apa yang berlaku. Hendak fikir SPM, fikir tentang dia (Zahnita) lagi. Apa yang ibu buat ini pada masa tidak tepat.

“Dia bagaikan tidak ambil kisah fasal saya yang sedang menduduki SPM. Dia lebih fokus tentang diri sendiri,” ujarnya.

Tambahnya lagi, hubungannya dengan Zahnita juga tegang apabila dia sering dijadikan orang tengah setiap kali berlaku masalah di antara ibu bapanya.

Zahra akui dia juga lebih selesa menetap bersama bapanya selepas Zahnita bertindak keluar dari rumah mereka dan berpindah ke tempat lain.

“Rasanya tak perlu libatkan saya dalam masalah ini kerana ini isu orang dewasa. Sebagai anak saya memang kecewa dan tertekan dengan apa yang berlaku

ZAHRAFEENA

“Tiada siapa yang paksa. Saya yang mahu tinggal bersama ayah. Tinggal bersama ayah lebih chill (tenang).

“Saya boleh sahaja berjumpa ibu kerana rumahnya tidak jauh dari sini. Tetapi saya memilih untuk tidak berjumpa sebab kebelakangan ini ibu selalu marah bila berjumpa,” jelasnya.

Pada 2 Disember tahun lalu, Zahnita berkongsi foto di Instagram memaparkan bahagian mata kirinya dalam keadaan lebam.

Menerusi temu bual, aktres berkenaan tidak berdolak-dalik mengenai punca matanya lebam dan mendakwa dia dibelasah oleh suaminya.

Zackery ditahan reman atas pertuduhan melakukan keganasan rumah tangga.

Pergaduhan di antara mereka tercetus apabila dia membangkitkan isu suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Kemudian pada 3 Disember 2024 Zahnita nekad memfailkan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang.

Abdul Zackery turut ditahan pada hari sama bagi membantu siasatan susulan aktres itu mendedahkan menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Abdul Zackery bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuatan, Pahang atas pertuduhan melakukan kecederaan terhadap isterinya.

Zahnita mendirikan rumah tangga dengan Abdul Zackery pada 2005.

Selain Zahrafeena, pasangan itu turut dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Zasharayna Ghouse, 13, Zahlia Syawwal, 8, dan Abd Zayden Ghouse, 4 tahun.

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*