[VIDEO] Nabila Huda Sanggup Cukur Kening Halus Demi Watak Suraya

Nama Nabila Huda mencuri perhatian ramai berikutan sangat komited terhadap kerjaya seninya sebagai seorang pelakon.

Saya akan bersungguh-sungguh

Menerusi sebuah posting di Instagram, Nabila atau lebih mesra disapa sebagai Abil bakal membintangi sebuah drama terbaharu iaitu ‘Dari Rahim Yang Sama’. Demi memenuhi tuntutan watak dalam tersebut, Nabila sanggup membeli beberapa pakaian baru, mencuba rambut palsu serta mencukur nipis keningnya.

Macam biasalah korang semua tahu, setiap kali ada karakter baharu, saya memang akan bersungguh-sungguh! Saya sanggup cukur kening halus sikit demi Suraya!

Tambah Nabila, sebagai seorang pelakon, dia sangat menitikberatkan soal pemilihan pakaian kerana mahu menampilkan kelainan untuk setiap episod.

Persiapan untuk drama 15 episod lain pulak dengan filem, kena extra effort sikit sebab kena cari wardrobe banyak. Paling penting kena ada graf untuk perubahan watak dari episod satu sampailah terakhir.

Jadi taklah bosan gitu je rupa dia kan? Sebab itu penting untuk faham karakter dan jalan cerita.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Sumber: Nabila Huda

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*