Usahawan terkenal, Farhana Zahra mencuri tumpuan warga maya apabila dia dilihat berbelanja sakan bagi memenuhi keperluan sekolah anak perempuannya baru-baru ini.
Farhana atau nama samarannya, Cik Na memaklumkan dia hanya memenuhi permintaan anak perempuannya itu yang ingin memiliki beg jenama mewah, Louis Vuitton.
Budak-budak zaman sekarang, dulu kita pakai beg jenama Swan. Heret pakai roda, dah rasa paling top dekat sekolah.
Beg sekolah anak awak semua harga berapa? Kena kerja keras lagi sebab zaman sekarang tak ada harga macam zaman kita dulu.
Menjengah ke ruangan komen, ramai meninggalkan komen berbaur nasihat buat usahawan itu untuk tidak terlalu menuruti permintaan anak kerana masih kecil.
@farhanazahra91 Beg sekolah anak uols harga berapa? Kena kerja keras lagi ni, sebab zaman sekarang xde da harga mcm zaman kita dulu 😭😭#farhanazahra91 #cikna #farhanazahra
Namun ada juga merasakan itu sudah rezeki anak Cik Na kerana ibunya mampu dari segi kewangan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
: Sumber
Leave a Reply