Penyanyi dikir barat Malaysia yang telah ditangkap bersama lima lagi rakyat Malaysia kerana disyaki memiliki 6000 pil pada 1 November lalu dikhabarkan sudah mempunyai kelab peminatnya tersendiri di dalam penjara Wilayah Narathiwat.
Memetik dari Harian Metro, Pakar Pengurusan Jenayah (bahagian wanita) Penjara Wilayah Narathiwat, Panata Yononarongdetkul berkata kelab peminat penyanyi itu baru sahaja ditubuhkan.
Selain mempunyai kelab peminat di Selatan Thailand termasuk di Narathiwat, penyanyi yang berusia 29 tahun itu juga mempunyai kelab peminat di dalam penjara ini.
Kebanyakan peminatnya di penjara ini terdiri daripada banduan wanita dan mereka akan menyanyi bersama-samanya pada waktu tertentu.
Ada antara mereka meminta pihak penjara memuat turun lagu penyanyi itu dan memasangnya sebagai hiburan mereka.
Pakar Pengurusan Jenayah itu turut berkata penyanyi itu semakin ceria seolah-olah dia mendapat suntikan semangat yang baru.
Penyanyi itu kelihatan makin gembira dan seolah-olah dia mendapat suntikan semangat yang baru.
Dia dapat merasakan peminatnya masih memberi sokongan kepadanya dan dia amat teruja untuk kembali kepada peminatnya.
Terdahulu, penyanyi itu dan lima lagi rakyat Malaysia yang lain ditangkap kerana disyaki memiliki 6,000 pil di sebuah hotel di bandar Sungai Golok.
Susulan penangkapan mereka, mahkamah Narathiwat memberikan polis perintah tahanan lanjut selama 84 hari terhadap enam individu itu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Leave a Reply