PENULARAN video seorang peniaga sate memarahi pelanggan mendapat perhatian ramai sehingga ia ditonton sebanyak 8.9 juta di TikTok.
Peniaga sate berkenaan iaitu Muzz atau Mustaffar Noor Jumaat, 34, berkata, dia sedar ramai kurang senang dengan video tersebut namun apa dipaparkan sekadar hiburan.
“Saya berniaga sate hampir 10 tahun dan pelbagai karenah pelanggan sudah saya tengok.
“Macam video yang saya hasilkan ini kebanyakannya memang berkaitan dengan peniaga mahu pun pelanggan.
“Bagaimanapun apa yang saya paparkan itu hanya sekadar hiburan dan saya bukannya seperti apa digambarkan dalam video tersebut,” katanya.
Menyangkal dakwaan dia seorang panas baran, Muzz sebaliknya dia tidak pernah bersikap sombong dengan pelanggan.
“Memang ada pelanggan takut nak turun kereta sebab takut tengok muka saya tapi bila mereka sudah berbual baru tahu saya orangnya macam mana,” ujarnya.
VIDEO
Sumber: mstar
Leave a Reply