Menyedari perniagaan barunya iaitu Sate Bhalut telah mendapat kecaman daripada pelbagai pihak, penyanyi Mark Adam tampil memberikan penjelasan mengenai kos yang digunakan bagi memulakan perniagaannya.
Melalui perkongsian di TikTok, Mark Adam menjelaskan bahawa setiap bahan yang digunakan untuk membuat sate adalah berkualiti tinggi dan premium.
@officialmarkadam Kalau saya silap boleh ajar saya, saya nak belajar, saya belum pandai sangat lagi dalam bidang ni tapi saya nak belajar, teruskan semangat team #SatayBhalut
Saya punya sate menggunakan daging yang premium di mana kami ambil daging date dari kilang sate yang sudah ‘established’.
Kilang ini juga ‘supply’ daging sate ke hotel, restoran terkemuka bahkan digunakan di restoran sebuah selebriti chef yang terkenal.Dan sebelum dibalut dengan popiah, sate itu beratnya adalah 30 gram.
Kalau ikut harga pasaran kita pilih paling mahal ialah 500 gram RM30 dan satu cucuk RM7.50.Itu belum kira untung yang kilang ambil lagi. Untuk air pula kita guna cawan besar RM3, jadi semua RM10.50.
Menurut penyanyi lagu ‘Katak’ itu lagi, harga RM21.90 dikenakan untuk tiga cucuk sate daging, yang turut disertakan dengan segelas air.
View this post on Instagram
Di penghujung perkongsian, penyanyi kelahiran Filipina ini mengakui bahawa dia kini lebih memahami kesukaran yang dihadapi oleh peniaga dalam mencari rezeki untuk menyara kehidupan.
Selepas kira-kira untung hanya RM2,900 dan adakah korang rasa ini cukup untuk bayar sewa tapak?
Guys, minta maaf tapi saya ini masih belajar dan baru saja nak mula berniaga. Tapi agak-agak la dengan apa yang korang fikir kalau tak tahu.
Tambah Mark Adam, harga tersebut turut merangkumi kos logistik, sewa tapak perniagaan, serta gaji untuk 10 orang pekerja yang perlu dibayar bagi memulakan perniagaan.
Sebelum ini, Mark Adam menerima kecaman dari warganet yang menganggap harga sate yang dijual bersama isterinya itu terlalu mahal.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
: Sumber
Leave a Reply