Pelakon jelita, Nur Fazura membetulkan netizen yang masih menyapanya dengan gelaran ‘puan’.
Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin berseloroh memberitahu peminatnya bahawa dirinya kini tidak lagi memegang gelaran ‘puan’.
Pelakon itu sempat berkongsi perbualannya bersama seorang pelayan yang ditemuinya di sebuah restoran.
Saya bukan puan. Saya cik.
Semalam saya ada pergi satu restoran.
Selepas itu, ada pelayan tegur saya dengan gelaran puan Fazura.
Saya cakap bukan, saya cik Fazura.
Dalam pada itu, dia sempat memberitahu dia turut senang hati dengan gurauan kecil yang membuatkan segelintir masyarakat terhibur.
Sekadar info tambahan, Fazura dan bekas suaminya, Fattah Amin telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya.
Namun, perkahwinan mereka yang telah dibina selama tujuh tahun akhirnya terlerai dengan talak satu pada 7 Oktober.
Fazura turut memaklumkan tempoh iddahnya telah tamat pada dua minggu yang lalu.
VIDEO TIKTOK
@fazura.officialstore adoii terhibur betul la setiap kali tengok Faz bergurau dalam live 😅😂🤣 #fazura #tudungfazura #fatzura
♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
: Sumber
Leave a Reply