Dalam kejadian yang menyayat hati berlaku di Rembau, Negeri Sembilan, seorang bayi lelaki baru berusia 19 hari meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di kilometer 3.8, Jalan Kampung Batu-Inas, dekat Bukit Miku. pagi semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Azmi Ali berkata, dalam kemalangan kira-kira pukul 7.50 pagi itu, bayi berkenaan, Muhammad Adryan Qhalish Muhammad Adzril berada di kerusi penumpang hadapan Perodua Alza mengalami pendarahan di bahagian otak.
Mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban untuk dirawat namun malangnya selepas tujuh jam bertarung nyawa, Muhammad Adryan disahkan meninggal dunia pada jam 3.43 petang.
Sementara itu, kakak bayi itu, Putri Eshal Muhammad Adzril, 9, yang merupakan penumpang di tempat duduk belakang kini dalam keadaan koma akibat pendarahan di bahagian otak dan dirawat di hospital sama.
Tambah Azmi Ali, ketika kejadian ibu mangsa berusia 39 tahun sedang dalam perjalanan dari arah Inas ke SK Kampung Batu untuk menghantar tiga lagi anak perempuannya berusia 11 tahun dan pasangan kembar berusia 10 tahun.
Ketika sampai di tempat kejadian iaitu di kawasan selekoh dan cerun, pemandu telah hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelah kanan. Akibat dari kemalangan tersebut, wanita terbabit mengalami kecederaan pada bahagian bahu.
Tiga kanak-kanak lain tersebut pula mengalami kecederaan lebam di kepala dan sudah pun diberikan rawatan diperlukan di Hospital Rembau.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
: Sumber
Leave a Reply