Kehidupan masyarakat di Palestin semestinya amat menyedihkan dengan keadaan yang penuh dengan cabaran dan ujian.
Namun, kekuatan iman rakyat Palestin tiada tandingan demi mempertahankan tanah mereka.
Meneruskan jihad
Sekadar gambar hiasan
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, seorang individu pernah mempersoalkan tindakan para ibu di Palestin yang tetap melahirkan anak walaupun dalam keadaa darurat.
Ujarnya, tidak mudah untuk membesarkan anak dalam keadaan yang dihujani peluru.
Dulu, saya selalu tertanya-tanya, kenapa ibu Palestine tetap melahirkan anak tanpa henti walaupun mereka dalam keadaan darurat.
Mereka tidak fikir ke bagaimana untuk melahirkan dan membesarkan anak-anak itu.
Rumah tiada, hospital tiada, ubat tiada.
Tetap bersalin selagi bernyawa
Berkongsi lebih lanjut, individu terbabit berkongsi jawapan yang diberikan oleh pendakwah terkenal, Ustazah Asma Harun yang meninggalkan kesan buatnya.
@ellis.hijab.2
Alhamdulillah saya dah dapat jawapan daripada Ustazah Asma’.
Kata ustazah, ibu-ibu di Palestin tidak akan berhenti bersalin selagi mereka bernyawa.
Para ibu di Palestin yakin bahawa anak-anak itu akan meneruskan jihad.
Jika mereka berhenti melahirkan, siapa yang akan meneruskan jihad untuk mempertahankan tanah Palestin.
Dalam pada itu, individu terbabit kagum dengan semangat rakyat Palestin yang kuat meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun sering kali dibedil zionis.
Sumber: TikTok ellis.hijab.2
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Leave a Reply