Adam Lee Patah Tulang Leher – ‘Ini Bukan Lakonan, Ini Kejadian Sebenar’

Pelakon Adam Lee mengalami kecederaan pada bahagian lehernya dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital.

Terima rawatan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adam Lee (@adm.lee)

Menerusi perkongsian di Instagram, Adam atau nama lengkapnya Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee memuat naik gambar dirinya yang sedang menerima rawatan dan juga foto imbasan X-ray.

Namun, Adam tidak menyatakan dengan terperinci apakah punca dia mengalami kecederaan itu.

Tulang leher patah pula.

Tak mengapa, semoga tahun 2025 akan lebih baik dari tahun ini.

Walau bagaimanapun, aktor berusia 30 tahun itu tetap reda dan positif menerima ujian tersebut.

Get well soon dear self. Ingat pesan ibu, kau kuat Adam..kau kena kuat. Alhamdulillah untuk semua ini.

Alhamdulillah, terima kasih semua yang mendoakan. Semoga kita semua dilindungi Allah SWT. Doakan saya cepat sembuh. Ini bukan lakonan, ini kejadian sebenar.

Doa rakan artis & netizen

Menjengah ke ruangan komen, pelakon drama Budak Tebing itu dihujani dengan doa daripada rakan-rakan artis dan juga warganet agar dia cepat sembuh.

Sumber: IG Adam Lee 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*