Sebuah pesawat Azerbaijan Airlines yang sedang dalam penerbangan dari Baku ke Grozny terhempas di Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Mengucap dan berdoa
View this post on Instagram
Menerusi sebuah video tular, seorang penumpang dilihat berada di dalam keadaan yang tenang dan sempat mengucap dua kalimah syahadah.
Dalam masa yang sama, lelaki itu juga bertindak merakam detik-detik akhir situasi di dalam pesawat tersebut.
Difahamkan video itu telah dihantar kepada isterinya sebelum pesawat berkenaan terhempas.
Luka di wajah
View this post on Instagram
Sebuah lagi video menunjukkan lelaki berkenaan terselamat dari insiden itu dan mengalami luka pada bahagian wajahnya.
Lelaki tersebut mengucapkan ‘Allahu Akbar’ dan turut merakam keadaan pesawat yang telah terhempas.
Terdahulu, seramai 38 orang mangsa telah terbunuh manakala menurut laporan Kementerian Kecemasan Kazakhstan, 29 lagi penumpang termasuk tiga orang kanak-kanak telah berada di hospital.
Pesawat Embraer 190 itu sepatutnya terbang ke barat laut dari ibu kota Azerbaijan, Baku ke bandar Grozny di Chechnya di selatan Rusia, tetapi sebaliknya terbang merentasi Laut Caspian dan terhempas berhampiran bandar Aktau di Kazakhstan.
Sumber: IG Islamify & Harian Metro
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Leave a Reply